Yang di-Pertuan Agong kagum dengan pembangunan yang dinikmati Sarawak

Yang di-Pertuan Agong kagum dengan pembangunan yang dinikmati Sarawak
Share this:

KUCHING: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melahirkan rasa kagum melihat pembangunan yang dikecapi Sarawak seperti apa yang baginda lihat sendiri sepanjang lawatan dua hari di Sarawak.

Kali terakhir baginda melawat dan datang ke Sarawak ialah 15 tahun lalu dan kini Sarawak menikmati pembangunan pembangunan yang sangat pesat.

Dalam lawatan ini juga, baginda sempat menikmati pelbagai makanan tempatan Sarawak selain menerima pelbagai cenderamata yang cantik.

Selain itu, baginda turut mengenali dengan lebih dekat pemimpin tempatan dan orang-orang Sarawak.

Bersempena lawatan ini juga baginda berharap hubungan Istana dan Kerajaan Sarawak akan dapat diteruskan dan dipereratkan.

Sebelum meninggalkan majlis, baginda mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Sarawak di atas layanan yang diberikan di sepanjang lawatan baginda dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke Sarawak selama dua hari di sini.

[Source: “Yang di-Pertuan Agong kagum dengan pembangunan yang dinikmati Sarawak” published by SarawakVoice.com]

Related Posts

Skip to toolbar