Visi TIMOGAH

Share this:

Kenali Heineken Laluan secara lebih dekat dan visi TIMOGAH 

KUCHING (2 Oktober): Visi kami adalah untuk menjadi sebuah syarikat e-dagang yang terkemuka di Malaysia dan mempromosi barangan tempatan ke luar negara dengan Misi utama membantu merancakkan aktiviti pertanian terutama sekali di kalangan komuniti luar bandar di Sabah dan Sarawak.  Fokus utama adalah kepada produk hasil hutan dan hasil pertanian kampung yang unik di Borneo.

Figure 1: Heineken Laluan senang berurusan dengan pembekal dan pengguna platform TIMOGAH.com.

Timogah sangat komited dalam memberi perkhidmatan terbaik dalam urusan jual beli barangan keperluan harian secara online, kepada pelanggannya di seluruh negara.

Dengan rangkaian pelanggan seluruh negara, Timogah dapat meningkatkan permintaan terhadap pelbagai hasil pertanian unik dari Borneo; sekaligus akan merancakkan aktiviti pertanian komersial yang berdaya saing dan berpotensi untuk dipasarkan secara global.

Figure 2: Platform TIMOGAH.com dibangunakan oleh Heineken Laluan dan ada pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan segar tempatan boleh dibeli secara online.

ANDA BOLEH MEMBANTU usaha kami dengan memilih serta membeli hasil pertanian tempatan melalui Timogah setiap hari.

“For things to change, we must change first.”

Terima kasih – TIMOGAH.

Share this: