KUALA LUMPUR 4 Mac- Kerajaan menggesa golongan usahawan muda di negara ini mengintai peluang yang lebih luas dan menjalinkan kerjasama dengan usahawan dari negara Asean bagi tempoh beberapa tahun akan datang.
Malah Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, golongan tersebut juga perlu bersama-sama dengan kementerian itu dan juga pelbagai agensi lain bagi memperluaskan perniagaan ke peringkat antarabangsa pada masa hadapan.
Katanya, kementerian itu mahu mewujudkan dan membangunkan perusahaan berasaskan inovasi ke peringkat lebih tinggi yang mampu bergerak pantas.
“Sasaran ini boleh dicapai menerusi pembangunan teknologi terkini dan pelbagai aplikasi baharu yang lain.
“Oleh itu, usahawan muda perlu berani, bukan hanya mendengar untuk menjadi juara,” katanya dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Hari Usahawan Malaysia Asean (Huma2019) di sini hari ini.
[Source: “Usahawan muda perlu teroka peluang ke Asean” published by Utusan Online]Photo Credits: Utusan Online