Usahawan Muda Digalak Sertai ‘Crowdfunding’

Usahawan Muda Digalak Sertai ‘Crowdfunding’
Share this:
Usahawan muda digalak sertai ‘crowdfunding’

SIBU (18 May 2018): Usahawan muda digalakkan merebut peluang untuk menyertai pendanaan orang ramai atau ‘ crowdfunding’ untuk memulakan perniagaan mereka dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

Presiden Jawatankuasa Usahawan Muda Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina (SCCCI) Dr Renco Yong berkata, usahawan muda dapat meningkatkan modal yang diperlukan daripada orang ramai.

Figure 1: REBUT PELUANG: (Dari kiri) Ting, Hii, Kueh dan Renco merakam kenangan selepas majlis penyerahan lesen pembiayaan di Babyland Cute House, Jalan Oya di Sibu, kelmarin. — Utusan Borneo (Sarawak)

“Melalui pendanaan orang ramai, usahawan muda dapat meningkatkan modal yang diperlukan bergantung kepada keperluan mereka untuk membangunkan perniagaan mereka,” jelasnya.

Menurut Renco, pendanaan orang ramai semakin popular di negara Singapura dan China dan mula dikenali ramai di Malaysia sejak kebelakangan ini.

“Sudah tiba masanya kita memanfaatkan teknologi ini sebagai platform untuk menjalankan perniagaan dalam era globalisasi,” ujarnya kepada pemberita, kelmarin.

Terdahulu Renco menyaksikan majlis penyerahan lesen pembiayaan orang ramai daripada wakil Alixco P2P Financing Ting Giek kepada Kueh Sui Kiong dari Babyland Cute House.

Alixco P2P Financing salah satu daripada enam syarikat pendanaan orang ramai di negara ini yang diluluskan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Renco memberitahu, usahawan muda boleh mendapatkan dana daripada sumber yang berbeza apabila mereka mendaftar sebagai ahli syarikat.

“Ini adalah cara yang sah untuk mendapatkan pinjaman dengan risiko lebih rendah,” katanya. Hadir sama ialah pelabur Robin Hii yang telah medaftar sebagai ‘issuer’ kepada Alixco P2P Financing.

[Source: “Usahawan muda digalak sertai ‘crowdfunding’” published by Utusan Borneo (Sarawak)]

Photo Credits: Utusan Borneo (Sarawak)

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Related Posts

Skip to toolbar