UNIMAS Muncul Juara Cabaran Utama Hackathon

UNIMAS Muncul Juara Cabaran Utama Hackathon
Share this:

UNIMAS muncul juara Cabaran Utama Hackathon 

KUCHING (Oct 6, 2018): Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) muncul juara Cabaran Utama Hackathon pada peringkat akhir sempena Persida-ngan Next Big Tech Asia (NBTA) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Oktober lalu.

Pasukan Native 404 UNIMAS menjadi pemenang selepas mengalahkan tujuh pasukan lain dalam perlawanan akhir tersebut.

Kesemua finalis merupakan pemenang tempat pertama dan kedua daripada setiap pertandingan yang diadakan sebelum ini di Johor Baharu, Kuching, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

Figure 1: StartUp Borneo is set to be the driver to promote startup culture in Sarawak and across Borneo.

Kemenangan itu melayakkan mereka dipilih menyertai dan bersaing dalam pertandingan Cabaran Utama Hackathon pada peringkat akhir.

Pada pertandingan itu, kesemua pasukan terbabit perlu membuat demonstrasi dan membentangkan idea ciptaan mereka kepada para panel hakim.

Pasukan Native 404 terdiri daripada Teshinia Phang, Vera Ruth Rewcastle, Bryan Devin Lee, Ian Mcleod Simasur dan Bat Sabawi yang merupakan pelajar UNIMAS daripada Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FCSIT).

Satu lagi pasukan dari UNIMAS yang turut menyertai pertandingan tersebut ialah kumpulan We Made It yang dianggotai Mohamad Faarhan Iqbal dan Nurul Ariessa Norramli.

Kedua-dua pasukan UNIMAS itu diiringi pensyarah  FCSIT Eaqerzilla Phang yang juga bertindak sebagai penasihat mereka dalam pertandingan itu.

[Source: “” published by Utusan Borneo Online]

Photo Credits: Utusan Borneo Online

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Related Posts

Skip to toolbar