TUTOR KAMEK PERINTIS PEMBELAJARAN DIGITAL DI SARAWAK

TUTOR KAMEK PERINTIS PEMBELAJARAN DIGITAL DI SARAWAK
Share this:

Isnin, 25hb Mac 2019 – Kuching: Bersempena Old Kuching Smart Heritage (OKSHe) Agenda 2019, Anak Sarawak Digital Media (ASDM) secara rasminya telah melancarkan sistem aplikasi pembelajaran digital yang diberi nama ‘TUTOR KAMEK’. Pelancaran aplikasi ‘TUTOR KAMEK’ telah dirasmikan oleh Ybhg. Datu Dr. Sabariah Putit, Timbalan Setiausaha Negeri Sarawak, ditemani oleh Datuk Haji Abang Abdul Wahap Bin Haji Abang Julai, Datuk Bandar Kuching Utara dan En. Abdul Qaiyum Alidin, Pengerusi StartUpBorneo.MY (StartUp Borneo).

“Thank you, Old Kuching Smart Heritage Agenda!! #StartUpBorneo#Fund4Borneo” – StartUp Borneo

Anak Sarawak Digital Media merupakan salah satu Startup di dalam platform komuniti StartUp Borneo  yang telah berjaya mengeluarkan produk mereka sendiri dan seterusnya bersedia untuk menembusi pasaran tempatan dan global.

“Kita telah mengambil masa bertahun-tahun untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh para guru dan murid sekolah. Dengan bantuan StartUp Borneo dan rakan strategik kami, Seroja Technology (SEROJATECH), kami berjaya menghasilkan aplikasi ‘TUTOR KAMEK’. Aplikasi ‘TUTOR KAMEK’ dibina mengikuti Kurikulum Standard semasa yang disyorkan oleh Kementerian Pendidikan. Selain itu, kami juga menjalankan kerjasama dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan ini membuktikan kesungguhan kami untuk menyediakan aplikasi yang berkualiti untuk membantu para guru dan anak sekolah di negeri bertuah ini” kata Ramzi Bin Taha, Ketua Pegawai Eksekutif ASDM.

Aplikasi pembelajaran ‘TUTOR KAMEK’ merupakan aplikasi yang dibina sepenuhnya oleh syarikat bumiputera tempatan, dan ini sekaligus membuktikan keupayaan anak Sarawak dalam sektor teknologi maklumat. Matlamat ASDM membangunkan aplikasi ‘TUTOR KAMEK’ adalah untuk menjadi perintis kepada sistem pembelajaran digital di negeri sekaligus membantu menaik taraf sistem pembelajaran konvensional yang sedia ada untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang lebih efisien dan berkualiti untuk para guru dan murid sekolah melalui teknologi digital.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), YBhg Datu Dr. Sabariah Putit telah menyempurnakan Majlis Pra Pelancaran Ekspo Pameran Agensi Kerajaan, Korporat, Ekspo Komuniti Warisan Pintar dan Dapur Heritage sebagai pembuka tirai kepada Agenda Warisan Pintar Old Kuching Heritage.

“Aplikasi ‘TUTOR KAMEK’ kini sudah boleh dimuat turun melalui Google Play dan sedia untuk digunakan oleh para guru, murid dan ibu bapa melalui laman sesawang ‘www.tutorkamek.com’. Untuk pengguna peranti berjenama Apple pula, aplikasi ini dijangka akan tersedia di App Store tidak lama dan tarikhnya akan kami umumkan kelak” kata Mohd Zharif Bin Draman, Ketua Pegawai Teknikal ASDM.

[StartUp Borneo/Old Kuching Kampung Heritage]
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Related Posts

Skip to toolbar