KUCHING : Sebuah lagu ciptaan khas bakal dipersembahkan melalui platform digital menjelang sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menurut Menteri Di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Talib Zulpilip, buah tangan dari rakyat Sarawak itu akan diperdengarkan dalam sambutan peringkat negeri Hari Keputeraan Baginda pada 8 Jun ini.
“Sambutan kali ini sangat berbeza dan unik kerana buat julung kalinya kita akan menyaksikan keseluruhan program diadakan secara digital. Malah saya difahamkan kesemua segmen pengisian sambutan kali ini adalah rakaman awal.
“Rakaman pula dilakukan di rumah masing-masing yang kemudiannya disunting dan diolah menggunakan pelbagai jenis teknologi,” katanya.
Tambah beliau, teknologi seperti skrin hijau, LED dan hologram bakal dimanfaatkan dalam persembahan itu sejajar dengan perkembangan teknologi digital di negeri tersebut.
Beliau memberitahu, meskipun negara masih dalam langkah berjaga-jaga, namun Sarawak komited menjayakan sambutan istimewa itu dengan cara tersendiri yang selamat.
Ujarnya, acara secara virtual ini akan melibatkan enam segmen menarik bakal disajikan kepada penonton sepanjang sambutan itu yang bermula pukul 10 malam.
Pembukaan tirai persembahan melibatkan acara Nopeng Sarawak diikuti video khas berjudul Monarkin dan kemudiannya, wajah kesayangan hamba.
Menurutnya, kesemua segmen ini adalah ekspresi rakyat Sarawak yang ditujukan khas kepada Yang di-Pertuan Agong sempena hari keputeraan Baginda itu nanti.
[Source: “‘Tuanku Teristimewa’, hadiah rakyat Sarawak sempena Hari Keputeraan Agong” published by AstroAwani]
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…