fbpx

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Lawat Projek Pembangunan Di Limbang

Share this:

LIMBANG: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio-Ekonomi) YBhg Datu Hj Mohamad Abu Bakar bin Marzuki telah mengadakan lawatan ke Bahagian Limbang bagi mendengar pembangunan dan melihat sendiri projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di sini, pagi tadi.

Lawatan dimulakan dengan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Rakyat Ketua Menteri Sarawak di Bahagian Limbang.

Pada mesyuarat itu, setiap agensi pelaksana telah membentangkan perkembangan terkini Projek-Projek Rakyat Ketua Menteri Sarawak di Bahagian Limbang dan isu-isu pelaksanaan projek di lapangan serta cadangan penyelesaian isu-isu tersebut.

Antara kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak yang membentangkan laporan projek ialah Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak diwakili oleh Jabatan Pertanian Bahagian Limbang, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC), Jabatan Kerja Raya Bahagian Limbang, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Limbang, Jabatan Tanah & Survei Bahagian Limbang dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Limbang.Turut membentang Majlis Daerah Limbang, Majlis Daerah Lawas, Northern Region Development Agency (NRDA).Selepas itu, Datu Hj Mohamad Abu Bakar telah dibawa meninjau ke beberapa tapak Projek Rakyat Ketua Menteri seperti Tapak Bangunan Galeri Sejarah Pentadbiran Bahagian Limbang, Tapak Projek Menaiktaraf Tebingan Sungai Limbang Fasa 1, Tapak Projek Jejantas Antara Jalan Buangsiol, Jalan Bangkita dan Jalan Wong Tsap En Limbang, Tapak Projek Jambatan Kedua Sungai Limbang dan Tapak Ranggau Valley.

Selepas itu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri meneruskan lawatan ke tapak Projek Rakyat di Lawas.Hadir sama Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney bin Hj Ahmad Fauzi, Pengarah Unit Pentadbiran, Jabatan Ketua Menteri Antonio Kahti Galis, Pegawai Daerah Limbang Superi bin Awang Said Pegawai Daerah Lawas Ladin bin Atok.

[Source: “Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Lawat Projek Pembangunan Di Limbang” published by Unit Komunikasi Awam Sarawak]

Photo Credits: Unit Komunikasi Awam Sarawak

%d bloggers like this: