Tiga pelajar Bintulu juara antarabangsa cipta alat elak penculikan kanak-kanak

Tiga pelajar Bintulu juara antarabangsa cipta alat elak penculikan kanak-kanak
Share this:

Nathanael Lim Yee Ning (10), Ling Guan Yee (12), dan Ling Yan Ru (9) yang merupakan pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kai Ming Bintulu, Sarawak, berjaya meraih pingat emas pada pertandingan inovasi Pameran Teknologi, Inovasi dan Reka Cipta, Harta Intelek Antarabangsa (IPITEX 2020) di Bangkok.

“B-Beep boleh menghalang kanak-kanak daripada diculik, mengurangkan masa menunggu di kalangan ibu bapa, di samping mengurangkan kesesakan trafik di persekitaran sekolah …

Dengan menggunakan aplikasi yang ‘disambungkan’ dengan telefon bimbit menerusi bluetooth, para ibu bapa akan dapat memaklumkan kepada anak-anak mereka, bahawa mereka sudah sampai ke pekarangan sekolah.”

Ciptaan B-Beep telah berjaya menewaskan 1,200 rekaan dan produk dari lebih 20 negara yang mengambil bahagian termasuk United Kingdom, Kanada, Korea, Laos, Hong Kong, China, Romania, India dan Indonesia.

Related Posts

Skip to toolbar