fbpx

Taman tema VR di Kota Samarahan dibuka dengan kapasiti terhad

Share this:

KOTA SAMARAHAN: D’Virtual Park di Jalan Meranek di sini yang juga taman tema realiti maya (VR) pertama di Borneo dengan kos bernilai RM13 juta, kini dibuka kepada orang ramai namun dengan kapasiti yang dikurangkan.

Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Group Bhd, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata langkah itu sejajar dengan pelaksanaan prosedur keselamatan dan kesihatan ditetapkan kerajaan mengikut Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Jumlah pengunjung dikurangkan secara ketara daripada yang kita jangkakan sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bagaimana pun, kami akan membukanya semula dengan pelaksanakan langkah keselamatan dan kesihatan baharu untuk pengunjung,” katanya dalam sesi bersama media di taman itu, malam tadi.

Mengikut prosedur terbabit, para pengunjung disyaratkan memakai penutup hidung dan mulut apabila memasuki premis serta mengamalkan penjarakan sosial manakala kakitangan taman akan bertindak mengendalikan orang ramai bagi sesi menikmati perjalanan atau pengembaraan secara realiti maya, ketika beratur serta di kafe.

“Mereka perlu membuat tempahan tiket awal bagi mengelak beratur di pintu masuk dan sebelum memasuki taman. Selain itu, kod imbasan QR juga akan dilaksanakan bagi tujuan pengesanan kontak,” katanya.

D-Virtual Park itu beroperasi dalam sembilan blok bangunan tiga tingkat yang menawarkan kira-kira 10 perjalanan pengembaraan hiburan secara realiti maya dengan VR Elevation D’Luxe terbukti antara yang paling popular.

Tarikan lain termasuk VR Speed Cruiser, VR Quad Squad, VR Gyrate, VR D’Battleship, VR Knight Rider, VR Giant Slide, VR Trekker, VR Gatling Gun serta Enchanted Chamber.

Orang ramai juga berpeluang menikmati pengalaman hiburan seperti eSports Centre dan skrin layar Teater Hologram yang direka khusus serta memaparkan pengalaman sinematik paling berevolusi.

Taman itu yang menyasarkan pengunjung berusia 15-45 tahun, turut menempatkan SD X Studio, SD X FabLab, SDX-Arena, GiGA Virtual-Cafe dan D-Tamu.

Ia dibuka kepada orang ramai dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

0 0 vote
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: