fbpx

Taman alam maya tarikan pelancong

Share this:

KOTA SAMARAHAN: Taman D-Virtual di sini berpotensi menjadi tarikan pelancongan domestik dan luar negara, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata, taman alam maya tersebut akan menjadi pakej yang boleh dipertontonkan dan diuar-diuarkan sebagai pakej pelancongan Sarawak.

“Kalau kita lihat pada masa kini, anak-anak muda memang berminat dengan permainan alam maya.

“Dan memandangkan tempat ini berdekatan dengan bandar Kuching, ia mempunyai potensi untuk mereka yang berkunjung ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Taman D-Virtual di sini, semalam.

Menurutnya, beliau sendiri teruja dengan pelbagai jenis permainan alam maya yang disediakan di dalam galeri taman permainan itu.

“Semua permainan mempunyai promosi yang tersendiri.

“Keluarga yang datang bersama anak-anak mereka akan berasa seronok kerana mereka dapat bermain untuk tempoh yang lama di sini,” jelas beliau.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada Serba Dinamik Holdings Berhad di atas keberanian mereka untuk menyediakan tempat bagi rakyat Sarawak khasnya peminat permainan alam maya.

[Source: “Taman alam maya tarikan pelancong” published by Suara Sarawak]
0 0 vote
Article Rating

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: