Usaha bantu graduan, Belia jadi usahawan tani
PUTRAJAYA: Jabatan Pertanian mensasarkan seramai 500 penanam kontrak (contract growers) pada tahun ini akan mengikat kontrak ladang dengan lapan syarikat terpilih. Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, berkata menerusi penanam kontrak itu ia sekali gus membuka peluang pekerjaan dalam bidang pertanian kepada masyarakat, terutamanya graduan dan golongan belia. Katanya, sekiranya jumlah sasaran itu dapat dicapai ia dijangka akan memberi manfaat kepada 1,000 individu manakala nilai untuk kontrak ladang berkenaan turut disasarkan melebihi RM60 juta setahun. "Kita selalu dengar bahawa anak muda ini ada kepakaran tetapi tidak tahu untuk buat apa, jadi dengan pelbagai program kementerian ini…