Nancy sedar cabaran besar menggalas portfolio Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Source: Published by Jessica Jawing Utusan Borneo Online on Mac 10, 2020 at 8:00AM KUCHING: Datuk Seri Nancy Shukri (gambar) menyatakan komitmen penuh beliau dalam membangunkan sektor pelancongan negara agar terus menyumbang terhadap kemajuan ekonomi negara setelah dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan semalam. Ahli Parlimen Batang Sadong itu berkata beliau sedar usaha mengangkat sektor pelancongan bukan perkara mudah, apatah lagi ketika dunia dilanda COVID-19. "Malaysia hari ini, menghadapi cabaran besar di peringkat global dan tempatan. Saya sedar bahawa perjalanan ini tidak akan menjadi senang. Dengan kesan jelas COVID-19 mengenai ekonomi dunia, perniagaan dan rutin yang terjejas dengan teruk,"…