SEKTOR E-DAGANG JADI ‘PENAMPAN’ EKONOMI SAAT KESUKARAN AKIBAT COVID-19
Source: Published by Mohd Firdaus Ismail from MDEC on March 23, 2020 MASUK bulan ketiga dunia ‘membicarakan’ tentang virus Covid-19 yang kini dikategorikan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia. Sudah tentu impaknya besar terhadap ekonomi apabila pelbagai sektor termasuk perlancongan, penerbangan, perhotelan serta pembuatan terkesan dan berdepan dengan cabaran yang sangat sukar. Malaysia sendiri tidak terkecuali apabila kerajaan pada bulan lepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM20 bilion. Menariknya, antara yang diberi perhatian oleh kerajaan ialah sektor ekonomi digital yang mana Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diberi dana sebanyak RM20 juta untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf…