ABG JO RASMI GALERI SONGKET DAN KERINGKAM
KUCHING, 6.03.20 - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Openg dan isteri, Datuk Amar Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang hadir bagi menyempurnakan Majlis Pelancaran Galeri Songket Dan Keringkam di Kuching petang ini tadi. Kerajaan Sarawak melalui inisiatif Old Kuching Smart Heritage (OKSHE) hari ini melakar satu kejayaan dengan membuka Galeri Songket dan Keringkam yang pertama terletak di tengah-tengah bandar Kuching. Galeri ini mengetengahkan penggunaan teknologi digital seperti QR Code di mana pengunjung boleh menggunakan aplikasi Sarawak Pay. Selain itu, di galeri ini juga menggunakan nama branding "SARATAGE" bermaksud Sarawak dan Heritage. Di bawah branding SARATAGE, pihak galeri telah bekerjasama…