Perpindahan ibu negara Indonesia beri impak besar kepada Sarawak – Awang Tengah
Source: Published by Suara Sarawak on March 9th, 2020. KUCHING: Perpindahan ibu negara Indonesia dari Pulau Jawa ke Kalimantan bakal memberikan impak besar khususnya dalam perdagangan merentasi sempadan melibatkan Sarawak, kata Timbalan Ketua Menteri negeri itu, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak berkata, rancangan negara jiran itu bakal memberikan kesan besar khususnya di kawasan utara negeri ini. “Banyak lagi peluang yang harus kita fikirkan, dari segi perdagangan sempadan akan menjadi lebih besar,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam dan Pelancaran Logo Agensi Pembangunan Wilayah Utara…