Aktiviti memerhati buaya bakal diperkenal sebagai tarikan baru di Samarahan
KOTA SAMARAHAN: Aktiviti memerhati buaya dikenal pasti sebagai salah satu produk pelancongan yang menarik serta berpotensi untuk diperkenalkan di Samarahan. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata populasi reptilia itu di Samarahan adalah besar. “Di bawah Jawatankuasa Kecil Pembangunan Pelancongan Agensi Pembangunan Wilayah Bersepadu Samarahan (IRSDA) kita telah kenal pasti banyak produk dan memerhati buaya adalah satu daripadanya. “Kita telah diberi taklimat oleh Sarawak Forestry Corporation (SFC) dan menariknya, mereka telah melaksanakan (memerhati buaya) ini. Tetapi saya tidak pasti dimana. SFC sudah mulakan dan kita berminat untuk membawa aktiviti ini di sini di Samarahan kerana ini adalah…