Syarikat Minyak Dan Gas Berminat Melabur Di Lawas

Syarikat Minyak Dan Gas Berminat Melabur Di Lawas
Share this:

Terdapat syarikat minyak dan gas menunjukkan minat untuk melabur di Lawas sebagai usaha untuk memajukan kawasan di Utara Sarawak ini.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak merangkap Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli II dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan berkata jika benar ada syarikat minyak dan gas ini berminat melabur di Lawas, ini pastinya membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat di sini.

“Sekiranya ada syarikat minyak dan gas berminat melabur di Lawas, ini akan menyediakan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada industri kecil dan sederhana di Lawas,” katanya semasa berucap di Majlis Makan Malam Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2019 di Dewan Banting, Lawas.

Dalam usaha memajukan Lawas, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg telah memperuntukan sebanyak RM1.5 bilion di dalam NRDA.

“Di dalam NDRA, beberapa projek pembangunan seperti jalan raya, bekalan air bersih, pendidikan, pertanian dan sebagainya akan dilaksanakan di Lawas dan Limbang.

“Menerusi NDRA juga, belia di Lawas dan Limbang diseru untuk mengambil peluang ini dalam usaha meningkatkan bidang perniagaan dan perindustrian.

“NRDA adalah platfom kita untuk terus maju ke depan,” tambahnya.

[Source: “Syarikat Minyak Dan Gas Berminat Melabur Di Lawas” published by Unit Komunkasi Awam Sarawak]

Photo Credits: Unit Komunkasi Awam Sarawak

Related Posts

Skip to toolbar