Steven Seagal bakal membuat pengambaran filem di Sarawak

Steven Seagal bakal membuat pengambaran filem di Sarawak
Share this:

KUCHING: Berita baik kepada peminat pelakon aksi terkemuka Hollywood, Steven Seagal apabila beliau merancang membuat penggambaran filemnya di Sarawak.

Steven berkata demikian pada sidang media sebelum bertemu dengan peminatnya di kompleks mahkamah lama di sini, semalam.

“Dengan adanya penduduk yang ramah dan perkampungan unik, ya, saya akan kembali ke Sarawak untuk membuat penggambaran,” katanya.

Pengumuman Steven itu disambut dengan sorakan oleh para media yang datang dari negara Asean termasuk Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menurut Steven, Kuching adalah sebuah bandar raya yang ringkas dan penduduknya amat ramah.

RAKAM KENANGAN … Kelihatan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Steven Seagal merakam kenangan bersama para wartawan dari negara Asean selepas sidang media di Kuching hari ini.

Beliau turut menyifatkan penganjuran Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (Aiffa) adalah idea yang bernas kerana mengangkat filem Asean ke tahap lebih tinggi.

“Apabila menganjurkan anugerah filem terkemuka, Aiffa harus mengekalkan kualitinya.

“Ini berdasarkan pengalaman saya apabila anugerah filem diadakan tetapi semakin malap kerana kualitinya tidak dijaga,” tegasnya.

Steven yang meminati makanan etnik Kayan iaitu ikan salai halia berharap pihak penganjur Aiffa sentiasa berusaha mengekalkan kualitinya.

Ketika ditanya mengenai filemnya akan datang, Steven berkata, filem berkenaan belum ditayangkan tanpa mendedahkan judulnya.

“Saya ada berlakon dalam sebuah filem namun belum dikeluarkan lagi.

“Filem itu mengisahkan pemerdagangan manusia,” ujarnya.

Ketika sesi bersama peminat, Steven mengucapkan “terima kasih” dalam bahasa Melayu selain melaungkan “ooo haaa”, slogan kepahlawanan Iban.

[Source: “Steven Seagal bakal membuat pengambaran filem di Sarawak” published by Suara Sarawak]

Related Posts

Skip to toolbar