StartUp Borneo Bantu Lonjak Bakat Belia Sarawak

Share this:

Sarawak harus giat mencungkil bakat baru untuk terus maju dan kompetitif pada masa akan datang

KUCHING (11 Ogos): StartUp Borneo sentiasa komited untuk berusaha membangunkan potensi, minat dan bakat belia Sarawak bukan sahaja dalam aspek perkembangan kerjaya, malah turut melibatkan bakat-bakat belia dalam bidang sukan futsal.

  

Figure 1: PENGERUSI StartUp Borneo, Abdul Qaiyum Alidin turut hadir di Karnival Futsal FIGOS-AKYBMS (KFFA) 2018.

Menyedari bahawa sukan futsal pada masa kini memiliki kelompok peminat dan penggiatnya yang tersendiri, sebagai permulaan, StartUp Borneo telah bersetuju untuk membiayai sebahagian kos pasukan futsal belia, IGMS-YJFT yang turut bertarung dalam perebutan kejuaraan sulung Karnival Futsal FIGOS-AKYBMS (KFFA) 2018. Menurut Pengerusi StartUp Borneo, Abdul Qaiyum Alidin, usaha melahirkan bakat baru dan pemimpin dalam kalangan belia adalah amat penting terutamanya untuk melahirkan pelapis-pelapis baru yang berkaliber di negeri Sarawak. “Sarawak harus giat mencungkil bakat-bakat baru untuk memastikan negeri ini terus maju dan kompetitif pada masa akan datang” katanya dalam catatan terbaharu di laman Twitternya.

Figure 2: Pasukan IGMS-YJFT di Karnival Futsal FIGOS-AKYBMS (KFFA) 2018.

Program KFFA 2018 ini merupakan anjuran Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) dan rakan kolaboratif strategik itu FiGOS Sarawak, Vikings Futsal International, Kelab Belia Kampung Semariang Batu (KASBA) dan International Futsal Alliance (IFA).

Program ini diadakan di Stadium Tertutup Samarahan pada 11-12 Ogos 2018.

[Admin]
Share this: