fbpx
Blog Post

SME Corp, Serba Dinamik meterai MoU perkasa PKS

SME Corp, Serba Dinamik meterai MoU perkasa PKS
Share this:

KUCHING: SME Corporation Malaysia (SME Corp) dan Serba Dinamik Group Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkasakan pembangunan dan pelaksanaan program Hab Inovasi dan Garaj Bandar untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. 

Majlis pertukaran MoU berlangsung di Kota Samarahan di sini hari ini antara Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy dan Pengerusi Serba Dinamik Datuk Abdul Kadier Sahib. 

Mengulas mengenai MoU tersebut, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan keusahawanan dalam kalangan belia, graduan institusi pengajian tinggi (IPT) dan mereka yang tidak bekerja. 

“Apa yang unik di sini adalah Serba Dinamik bukan agensi kerajaan tetapi syarikat swasta. 

“Mereka menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu kerajaan dan kementerian menerusi SME Corp dalam menyediakan latihan keusahawanan. 

“Ini adalah satu usaha bersama antara kerajaan dan sektor swasta,” katanya pada sidang media selepas majlis pertukaran MoU di Kota Samarahan, hari ini. 

Dalam perkembangan berkaitan, Wan Junaidi berkata graduan IPT dan belia tidak bekerja perlu mempunyai minat untuk menjadikan keusahawanan sebagai alternatif bagi pekerjaan mereka. 

Katanya mereka tidak seharusnya bergantung penuh kepada pekerjaan dalam sektor kerajaan atau syarikat swasta. 

Mengenai program Tekun Mobileprenuer, Wan Junaidi berkata sejumlah RM1.15 juta telah diagihkan kepada 122 penunggang penghantar (Rider) di Sarawak. 

Tambahnya terdapat seramai 1,363 rider berdaftar di bawah program ini dengan jumlah agihan sebanyak RM10.95 juta. 

Wan Junaidi turut menggalakkan para rider untuk menubuhkan koperasi sendiri selain menjana pendapatan dari khidmat penghantaran.

[Source: “SME Corp, Serba Dinamik meterai MoU perkasa PKS” published by Utusan Borneo]
0 0 vote
Article Rating
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments

Related Posts

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: