Putrajaya Anjur Kongres Masa Depan Bumiputera September Ini

Putrajaya Anjur Kongres Masa Depan Bumiputera September Ini
Share this:

Putrajaya anjur kongres masa depan Bumiputera September ini

PETALING JAYA (27 Ogos): Kementerian Hal Ehwal Ekonomi akan menganjurkan Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara 2018 (KBN 2018) pada 1 September ini di ibu negara.

Figure 1: KBN 2018 disasarkan untuk menghasilkan resolusi yang boleh membantu kerajaan merangka strategi jangka pendek, sederhana dan panjang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, kongres berkenaan bertujuan sebagai wacana kepada usaha kerajaan untuk menggubal agenda pemerkasaan ekonomi bumiputera yang baharu.

“Kongres ini juga mengenalpasti fokus bidang pertumbuhan baharu untuk diceburi oleh bumiputera di samping menjalin kerjasama strategik pelbagai pihak bagi menyokong agenda pembangunan ekonomi bumiputera.

“Selain usaha menggubal dasar baharu demi menjana pertumbuhan ekonomi yang pesat, kongres ini juga akan memberi pendekatan kepada penerangan nilai-nilai positif, moral dan etika serta memberi fokus kepada soal pendidikan dan modal insan, pembentukan strategi dan penciptaan kekayaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azmin berkata, kerajaan juga akan memberi keutamaan terhadap perkembangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk meningkatkan aktiviti dalam rantaian nilai.

“Sebagai kerajaan yang peduli rakyat, kongres ini disasarkan untuk menghasilkan resolusi yang boleh membantu kerajaan merangka strategi jangka pendek, sederhana dan panjang serta kaedah bagaimana ia boleh dilaksanakan secara berterusan dan konsisten supaya hala tuju agenda ekonomi bumiputera lebih jelas dan berkesan.

“Kerajaan juga yakin usaha yang baharu ini akan meletakkan keyakinan bahawa bumiputera mampu meneraju ekonomi negara dan secara langsung akan menjamin kemakmuran negara dan kesejahteraan untuk semua rakyat Malaysia.”

[Source: “Putrajaya anjur kongres masa depan Bumiputera September ini” published by FMT Media Sdn. Bhd.]

Photo Credits: FMT Media Sdn. Bhd.

By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Related Posts

Skip to toolbar