fbpx

Program ”Kuching Outing & Exposure 2019” Memupuk Semangat Anak-Anak Tempatan Membina Kerjaya Cemerlang Pada Masa Hadapan

Share this:

Alhamdulillah, pada 1.02.2019, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) telah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Syarikat Serba Dinamik Holdings dalam program “Kuching Outing & Exposure 2019” (KGX 2019) bersama-sama dengan 40 orang pelatih pelbagai bidang dari Centre of Technical Excellence (CENTEXS), Santubong yang telah mendapat tajaan latihan dari syarikat tersebut.

Para pelatih adalah merupakan anak-anak tempatan yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Mereka telah dibawa untuk melawat pelbagai destinasi menarik di sekitar Kuching yang turut diisi dengan pelbagai pengisian yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bagi mereka membina kerjaya yang cemerlang di masa hadapan.

Antara destinasi dan pengisian yang sempat kami adakan adalah seperti berikut:

1. Damai Golf and Country Club

2. Gotong-royong di Masjid Darul Muttaqin, Kampung Buntal

3. Solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Kampung, Jalan Patingan

4. “Career Talk” di Pusat Sumber Tun Abang Haji Openg

5. Melawat Jambatan Darul Hana

6. Sesi fotografi di hadapan Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak

Pihak IGMS berasa amat berbesar hati dan berterima kasih kepada Syarikat Serba Dinamik Holdings & CENTEXS kerana telah memilih IGMS sebagai rakan kerjasama dalam penganjuran program kali ini. Ucapan terima kasih juga di ucapkan kepada pengelola program iaitu Saudara Abdul Qaiyum merangkap Pengerusi Biro Ekonomi IGMS yang telah bertungkus-lumus untuk menjayakan program ini.

Diharap kerjasama diantara badan korporat dan NGO seperti ini akan sentiasa subur di negeri Sarawak. Akhir kalam, kami ucapkan selamat maju jaya kepada para pelatih CENTEXS, semoga kalian akan menjadi juruteknik dan jurutera yang hebat dalam masa yang terdekat ini!

#IkatanGraduanMelayuSarawak

#IGMS

Share this: