Program Kesukarelawan Kerjasama Serba Dinamik dan IGMS Disertai Pelatih Dari Centexs

Program Kesukarelawan Kerjasama Serba Dinamik dan IGMS Disertai Pelatih Dari Centexs
Share this:

Pada Jumaat lalu, 1 Feb 2019, diadakan satu program Kesukarelawan yang melibatkan kerjasama Serba Dinamik, Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS) bersama Pelatih dari Centre of Technical Excellence (Centexs).

Para pelatih Centexs telah dibawa oleh Trainer dari Serba Dinamik, iaitu En Muhammad Maxx Magai Abdullah. Program kesukarelawan bermula dengan bertolak dari Centexs pada jam 8 pagi, terus bergerak ke Masjid Darul Muttaqin, Kampung Buntal untuk acara gotong royong. Seluruh kawasan dalam dan luar masjid telah dibersihkan atas bantuan 40 orang para pelatih dari Centexs.

Usai gotong-royong, mereka terus bergerak ke Damai Golf & Country Club. Selain dibawa melawat sekitar padang golf, mereka juga dibawa melawat bengkel yang menempatkan mesin-mesin untuk penyelenggaraan. Tempat yang menarik perhatian para pelatih Centexs memandangkan mereka datang dari bidang kejuruteraan. Masih banyak lagi soalan yang ingin ditanya namun atas kekangan masa, mereka harus bergegas untuk solat Jumaat di Masjid Darul Hana, Kampung Patingan.

Selepas itu, mereka sempat menjamu selera untuk makan tengahari di Pusat Sumber Tun Openg sebelum mendengar perkongsian ringkas tentang ‘Career Planning’ dari Cik Siti Dhamirah, wakil dari Car33r Clinic. Akhir sekali, mereka mengambil peluang untuk berjalan-jalan melawat bandar Kuching, sekitar Waterfront, Jambatan Darul Hana dan sekitar Waterfront sebelum pulang ke Centexs pada jam 5.00 pm.

Terima kasih atas kerjasama IGMS bersama-sama Kuching Kampung Heritage kerana membenarkan kami menggunakan Pusat Sumber Tun Openg dan Masjid Darul Hana, Kampung Patingan sebagai salah satu lokasi persinggahan. Terima kasih juga kepada En Abdul Qaiyum Alidin, Pengerusi Biro Ekonomi IGMS merangkap Chairman untuk StartUp Borneo kerana mempersiapkan satu program lawatan yang padat setiap aktivitinya. Setiap lokasi itu membawa makna besar kerana ada input yang mereka bawa pulang. Semoga program seperti ini boleh diadakan lagi supaya ia boleh mendekatkan jurang antara industri pekerjaan dan instituti pendidikan.

[Old Kuching Kampung Heritage]

Related Posts

Skip to toolbar