fbpx

Projek KomunitiKU DBKU 2019

Share this:

KUCHING; 29 April 2019 (Isnin) : Warga Kuching yang tinggal di bawah tadbiran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan mempunyai idea untuk membuat Projek yang dapat memberi manfaat kepada komuniti adalah dipelawa untuk mengisi borang Projek KomunitiKU DBKU 2019.

Projek KomunitiKU merupakan satu inisiatif DBKU dalam pembangunan komuniti untuk memberi ruang dan peluang kepada komuniti merancang dan melaksanakan satu projek yang akan memberi manfaat kepada komuniti setempat. Projek yang berjaya dipilih akan mendapat bantuan peruntukan berjumlah RM 20,000.00.

Syarat-Syarat Permohonan:
1. Setiap permohonan hendaklah mendapat sokongan sama ada daripada Penghulu, Kapitan, Ketua Kaum, Ketua Kampung, Tuai Rumah atau Pengerusi KJM DBKU
2. Projek yang dicadangkan hendaklah memberi manfaat kepada penduduk setempat
3. Ahli kumpulan projek yang terlibat semasa bengkel hendaklah terdiri daripada 3-5 orang sahaja. Walau bagaimanapun, jumlah penglibatan ahli dalam pelaksanaan projek adalah tidak terhad.
4. Tempoh pelaksanaan projek hendaklah dalam masa 6 bulan dari tarikh mendapat bantuan peruntukan yang pertama dan peruntukan projek hendaklah disalurkan dalam tahun yang sama sahaja.

Contoh Projek yang boleh diketengahkan ialah:
1.Fizikal
Pembersihan sungai, Pengindahan Landskap, Baik Pulih Dewan dan Mencantikkan Kawasan

2.Ekonomi
Kebun Komuniti, Membangun E-Niaga, Fertigasi Urban, Kolam Ikan, Food Truck Komuniti dan Hub Penjaja

3.Sosial
Kelas Seni, Taman Riadah, Konservasi Kebudayaan, Pengawasan CCTV dan Pembangunan Sukan

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Mei 2019. Sekiranya berminat, bolehlah memuat turun borang penyertaan di dbku.sarawak.gov.my. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Mohamad As-Salihin Daud di Bahagian Pembangunan Komuniti di talian 082-236223.

#SayangiKCH
#projekkomunitiKU

SheemaDean
Bahagian Perhubungan Awam
Dewan Bandaraya Kuching Utara

[Source: “PERUNTUKAN RM 20,000.00 BAGI PROJEK KOMUNITIKU YANG TERPILIH” published by Dewan Bandaraya Kuching Utara]
Share this: