fbpx

PELUANG LATIHAN PERCUMA DAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI MINYAK & GAS! 15 KEKOSONGAN

Share this:

PELUANG LATIHAN PERCUMA (TAJAAN YAYASAN SARAWAK DENGAN KERJASAMA SERBA DINAMIK SDN BHD & CENTEXS) DAN PEKERJAAN DALAM INDUSTRI MINYAK & GAS! 15 KEKOSONGAN (WARGA SARAWAK ATAU YANG TINGGAL DI SARAWAK SAHAJA)

Nama Program: Rotating Static Equipment Technician
Objektif: Untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan di industri minyak dan gas.

Pensijilan antarabangsa yang ditawarkan dengan tajaan kerajaan negeri:
• Certificate in Basic Engineering awarded by City & Guilds Institute of London
• Certificate in Plant Maintenance awarded by City & Guilds Institute of London
• International Health and Safety Passport certified by Engineering Construction Industry Training Board (ECITB), the United Kingdom

Kemasukkan: April 2019

Tempoh kursus: 5 bulan (3 bulan teori – Santubong, Kuching; 2 bulan praktikal – Bintulu)

Syarat-syarat kelayakan:
• Warga/anak Jati Sarawak atau yang bekerja/menetap di Sarawak sahaja
• Lelaki – berumur 18 dan 35 tahun semasa memohon
• Minima SPM atau yang setaraf
• Berminat untuk bekerja di industri minyak dan gas
• Boleh bekerja lebih daripada masa bekerja (jika perlu)
• Berkeyakinan dan mempunyai peribadi yang baik
• Tidak mempunyai rekod jenayah
• Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol

Testimonial para pelajar sebelum ini dan pendapatan bulanan terkini:

• Gaji bulanan terkini RM 7,000 hingga RM 12,000 (pengalaman 7 tahun)
“Program Rotating Equipment City & Guilds Institute of London telah banyak berjasa untuk kejayaan kerjaya saya sekarang.” – Pelajar tahun 2008, Senior Technician, Petronas Carigali

• Gaji bulanan terkini RM 6,000 (pengalaman 5 tahun)
“Syukur selepas latihan di bidang Rotating Equipment, orang-orang muda seperti saya diberi jaminan pekerjaan di sektor minyak dan gas serta mendapat peluang untuk memajukan kerjaya sendiri.” – Pelajar tahun 2010, Service Centre Manager, Serba Dinamik

• Gaji bulanan terkini RM 5,000 (pengalaman 3 tahun)
“Latihan praktikal Rotating Equipment adalah aspek yang paling best dan yang sangat saya hargai.” – Pelajar tahun 2012, Technician, Cameron

• Gaji bulanan terkini RM 3,000 (pengalaman 4 tahun)
“Saya gembira dapat masuk program latihan City & Guilds Institute of London kerana ianya menekankan banyak aspek kemahiran untuk mengendalikan pelbagai jenis Rotating Equipment.” – Pelajar tahun 2011, Technician, TTES Team & Specialist
Kepada calon yang BERMINAT, sila beri nama penuh seperti dalam IC, nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk dihubungi dan hantar maklumat anda ke e-mel;
training@e-serbadkgroup.com atau hubungi talian 03-5511 3213

Nota: Bertindak sekarang dan kongsilah berita baik ini kepada kenalan anda!

Share this: