fbpx

Peluang besar untuk siswazah politeknik

Share this:

KUCHING: Siswazah politeknik diyakini dapat memenuhi keperluan pasaran kerja dalam semua industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holding Berhad merangkap Penasihat Industri Politeknik Kuching Datuk Dr Ir. Mohd. Abdul Karim Abdullah berkata, potensi tersebut sejajar proses pembelajaran yang dilaksanakan di politeknik yang bukan sahaja menekankan aspek teori tetapi juga praktikal.

“Saya yakin siswazah politeknik mempunyai peluang besar dalam industri kerana mereka merupakan golongan yang ditunggu-tunggu masyarakat kerana didedahkan kepada pelbagai aspek sepanjang pengajian.

“Mereka merupakan calon sesuai untuk permintaan industri. “Mereka bukan sekadar siswazah yang memiliki diploma, tetapi turut mempunyai pelbagai pengalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majliis Penutupan Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu PKS sesi Disember dan Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan Logistik oleh Pihak Industri di Dewan Jubli Perak PKS, baru-baru ini.

Menurutnya, lebih 90 peratus siswazah PKS berjaya mendapat tempat dalam pasaran kerja kerana mempunyai daya tarikan dari aspek kemahiran berbanding institut akademik lain.

Katanya, proses pembelajaran yang dilaksanakan di institut kemahiran seperti politeknik memudahkan pelajar menyesuaikan diri dalam industri dan dapat mengelakkan mereka mengalami kejutan budaya sewaktu di alam pekerjaan.

Tambahnya lagi, pihak syarikat amat mengalu-alukan penglibatan pelajar politeknik menjalani latihan industri kerana melalui latihan itu pelajar dapat didedahkan kepada pengalaman dan kemahiran.

“Syarikat kami tidak menetapkan kuota pengambilan pelajar yang ingin menjalankan latihan industri, tetapi ia bergantung kepada tarikh dan masa ditetapkan oleh politeknik,” jelasnya lagi.

Beliau berharap politeknik dapat melahirkan generasi yang menyumbang kepada negara sejajar dengan matlamat negara yang mengimpikan Industri Revolusi 4.0.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x
%d bloggers like this: