fbpx

Old Kuching Heritage Pemangkin Kota Bersejarah Dunia

Share this:

TURUN PADANG : Abang Johari menyertai aktiviti World Cleanup Day di bawah inisiatif Old Kuching Heritage.

Old Kuching Heritage antara inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menjadikan ibu negeri Kuching sebagai bandar raya bersejarah yang diiktiraf dunia.

Penubuhan Old Kuching Heritage ini merupakan inisiatif di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak bagi tempoh 2018 hingga 2022.

Selain menjadikan Kuching sebagai bandar raya bersejarah diiktiraf dunia, Old Kuching Heritage ini juga menjadi pemangkin dalam meningkatkan ekonomi penduduk. Bagi mencapai matlamat ini, empat komponen telah dikenal pasti sebagai bidang fokus utama di bawah Old kuching Heritage.

Empat komponen utama ini ialah Kampung Heritage , Heritage trail, Riverfront Heritage dan Business Heritage. 1) Kampung Heritage.

Pengekalan budaya warisan kehidupan kampung Sarawak sebagai wadah kelestarian tamadun lama.

Selain pembangunan fizikal, pemeliharaan dan pengekalan berteraskan warisan, perlabagi aktiviti berasaskan kebudayaan tempatan dirancang dan dilaksanakan.

Salah satunya, Pesta Warisan Melayu pada 27 dan 28 Oktober tahun lepas di pekarangan KOmpleks Sukan Komuniti Satok.

Aktiviti lain termasuklah projek mengindahkan kawasan kampung , pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) , lampu jalan dan penubuhan Pusat Penerangan Pelancong Ajibah Abol (AATIC) . 2)Heritage Trail atau Laluan Warisan Melayu.

Warisan bangunan bersejarah menjadi aset utama dalam Laluan Warisan Melayu.

BERSEMANGAT : Abang Johari (tengah) melihat replika seni bina Jambatan Gantung Satok. 

Kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM30 juta bagi membina ‘ Laluan Warisan Melayu’ di badar raya ini.

Pembinaan laluan itu meliputi kawasan yang mempunyai warisan perkampungan masyarakat Melayu di Kuching dari Bulatan Padungan hingga ke Kampung Patingan, Satok.

Perangkaan pembinaan laluan itu telah dibuat dan kini sedang dalam proses penerangan bersama penduduk di kawasan terlibat dalam laluan tersebut.

Kampung tradisi yang mempunyai budaya sendiri dan Kampung Bintangor Kecil adalah sebahagian Laluan Warisan Melayu. 3) Riverfront Heritage.

Merancakkan keindahan Sungai Sarawak , di samping menghidupkan warisan sungai sebagai medium tarikan pelancong.

”Jambatan Gantung Satok ini bukan sahaja bernilai dari segi sejarahnya dan tarikan kepada pelancong, malah menggambarkan perpaduan antara penduduk ” Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg. Ketua Menteri .

DIRANCANG RAPI :  Lakaran Kampung Heritage. 

Empat Lokasi tarikan utama iaitu Tebingan Kuching, Kubu Margherita, Kompleks Mahkamah Lama dan Galeri Margeret: The Ranee of Sarawak.

Tempat-tempat ini mempunyai nilai bersejarah yang menjadi tarikan pelancongan utama.

4) Business Heritage :

Menghubungkan semua pusat perniagaan di kawasan sekitar sebagai pusat tumpuan agar perniagaan dapat dikembang dan mudah untuk dikunjungi.

Antara pusat perniagaan yang menjadi fokus dalam business heritage ini ialah Open AirMarket, Swee Kang Ais Kacang dan Medan Niaga Satok.

Kesemua pusat perniagaan ini menawarkan pelbagai juadah tempatan termasuk produk makanan ikonik kepada Sarawak.

JAMBATAN GANTUNG SATOK.

Jambatan gantung Satok memiliki nilai sejarah tersendiri yang dekat di hati rakyat terutama yang sudah bergenerasi mendiami bandar raya Kuching.

Namun jambatan ikonik yang dibina pada era pemerintahan Brooke sekitar 1926 ini telah ditutup pada 1992 sebelum runtuh pada 2004.

Tidak mahu nilai sejarah pada jambatan ikonik ini terkubur, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mahu jambatan ini dibina semula.

”Jambatan Gantung Satok ini bukan sahaja bernilai dari segi sejarahnya dan tarikan kepada pelangong, malah menggambarkan perpaduan antara penduduk.

Kita mahu jambatan ini menjadi satu tarikan di bandar raya ini kerana ia menghubungkan kampung seberang ke pasar baharu Medan Niaga Satok, ” katanya.

Projek pembinaan semula jambatan ini diambil alih Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan dan diselia Jabatan Kerja Raya , dimulakan pada 19 September 2017 dan dijangka siap pada September ini.

Pembinaan jambatan ini menelan kos kira kira RM8.05 juta dan dibina sepanjang 213 meter dengan lebar tiga meter mengikut piawaian Standard British (BS) termasuk menara dan blok utama bagi memegang kabel penggantungannya.

Jambatan ni bukan sahaja akan memberi manfaat kepada perjalan kaki dari kawasan Satok ke pasar baharu di Medan Niaga Satok, malah menjadi tarikan dan destinasi pelancongan.

[Source: “Old Kuching Heritage Pemangkin Kota Bersejarah Dunia” published by Utusan Borneo]

Photo Credits: Utusan Borneo

 

%d bloggers like this: