Kursus RSTG tingkatkan kecekapan industri pelancongan di Sarawak

Kursus RSTG tingkatkan kecekapan industri pelancongan di Sarawak
Share this:

KUCHING: Dengan norma baru di seluruh dunia dan penemuan semula pelancongan domestik di Sarawak, pemandu pelancong harus memikul tanggungjawab baru untuk memastikan pelancong mengikuti protokol kesihatan dan keselamatan semasa lawatan.

Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pemandu pelancong juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan kepercayaan para pelancong dalam perjalanan yang selamat di Sarawak semasa dunia menghadapi pandemik COVID-19 ini.

Justeru, katanya, kerajaan Sarawak di bawah kementeriannya kini mempergiatkan usaha dengan mengadakan Kursus Pemandu Pelancong Khas Wilayah (RSTG) untuk mengatasi kekurangan pemandu pelancong di Sarawak.

“Kursus RSTG ini berjaya dianjurkan oleh Kementerian saya dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dan SATT College untuk mengatasi kekurangan Pemandu Pelancong di Sarawak. Langkah ini adalah untuk meningkatkan lagi pelancongan dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan industri pelancongan Sarawak.”

Beliau berkata demikian dalam sidang media Pelancaran Kursus Pemandu Pelancong Khas Wilayah (Kuching) bagi pengambilan tahun 2020 di Kuching Rabu.

Tambah beliau, selain kursus tersebut, kementeriannya juga

telah bekerjasama dengan Pustaka Negeri untuk menghubungkan platform PANDei untuk akses kepada kursus e-pelancongan yang akan dilakukan secara berperingkat.

[Source: “Kursus RSTG tingkatkan kecekapan industri pelancongan di Sarawak” published by Unit Komunikasi Awam Sarawak]
By Abdul Qaiyum Alidin

The life of an ordinary guy, an engineer, a scientist, and a social media. Enjoy and have fun!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Related Posts

Skip to toolbar