fbpx

Kuching Makeup Competition 2019 Mencabar 29 Peserta Yang Bertemakan Glam Bollywood

Share this:

Kuching Makeup competition 1019 yang berlangsung di UCSI Hotel Kuching anjuran Raja Inai Sarawak, Naib presiden Sarawak Makeup Artist Association dengan kerjasama Alisya Zaquan , Starllient Buma dan Awangku Mirza mendapat sambutan daripada Makeup Artist Sarawak yang berani untuk tampilkan diri dan mengasah bakat dalam seni makeup yang bertemakan ” Glam Bollywood ” . 

Objektif pertandingan ini diadakan sebenarnya bagi memberi platform kepada makeup artist Sarawak untuk meningkatkan nama dalam industry makeup di Sarawak dan juga mencabar diri untuk menerima kritikan dan komen-komen dari juri-juri yang dilantik bagi mengadili 29 peserta yang bertanding pada hari tersebut.

Buat julung kalinya pertandingan sebegini dianjurkan di Kuching Sarawak dan juri jemputan seperti Orden Syam , Gabriel Padan dan Jacqueline Kihing sememangnya tidak asing lagi dalam industry makeup di Sarawak yang sememangnya professional dan berpengalaman luas.  Mereka menilai secara professional dan beberapa saringan telah dibuat oleh juri pada pertandingan tersebut.

Penaja utama bagi pertandingan ini ialah EliteEstetik Medispa dan beberapa hadiah telah ditaja untuk para peserta dalam pertandingan ini.

Yen Yusop , telah menjadi Naib Juara bagi pertandingan ini dan membawa hadiah sebanyak RM1000 beserta trofi. Tempat kedua dan ketiga telah dimenangi oleh Zara Sentuhan dan Douglas. Masing-masing menerima hadiah wang tunai dan juga voucher daripada EliteEstetik Medispa . 

Peserta 10 teratas juga turut mendapat hadiah wang tunai dan trofi. Antaranya ialah Inna Sharina , Khasmizi Zainudin, Nurul Farhana , Syaend Lee , Norasida dan Siti Zue Rosdi.

Diharap pertandingan seperti ini berterusan bagi memartabatkan industri makeup di Sarawak dan memberi semangat kepada anak-anak muda yang berminat dalam seni solekan untuk berani tampil kehadapan dan mencungkil bakat dalam dunia Andaman yang boleh dijadikan sebagi sumber pendapatan.

[Source: “Kuching Makeup Competition 2019 Mencabar 29 Peserta Yang Bertemakan Glam Bollywood” publsihed by TVSarawak.com]

Photo Credits: TVSarawak.com

%d bloggers like this: