fbpx

Kerajaan Negeri rancang tubuh saluran tv sendiri bagi ketengah bakat anak muda

Share this:

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Haji Openg sekali lagi mengumumkan untuk merancang penubuhan saluran televisennya sendiri bagi mempertengahkan bakat seni anak Sarawak selain menyampaikan berita, maklumat ekonomi dan program kandungan tempatan.

Mengulas lanjut soalan yang diajukan daripada ahli Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Seminar Politik parti GPS rabu lepas, beliau berkata dengan mewujudkan saluran televisen tersebut, ia dapat dijadikan satu platform bagi anak muda berkarya dan mempamerkan bakat mereka.

“Ketika ini rancangan penubuhan tv tersebut sedang dalam perundingan memandangkan mereka (kerajaan persekutuan) sukar memberi kita spektrum”

“Jadi kita terpaksa mempunyai spektrum kita sendiri agar dapat digunakan melalui laluan terrestrial ataupun internet supaya dapat mempamerkan bakat seni anak Sarawak”

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa majlis pelancaran program ‘Experience Sarawak’ di Kopi-O Corner di sini malam tadi.

Tambahnya, ia juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak Sarawak khasnya lepasan graduan universiti yang menyertai kursus dalam bidang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata anak muda di Sarawak harus mengambil contoh negara jiran iaitu Singapura yang dapat menembusi pasaran antarabangsa.

 [Source: “Kerajaan Negeri rancang tubuh saluran tv sendiri bagi ketengah bakat anak muda” published by TVSarawak]

Photo Credits: TVSarawak

Share this: