fbpx

Keputusan Rasmi Pertandingan Video Old Kuching Heritage

Share this:

KUCHING, 29 Disember: Seramai 25 finalis terpilih dalam senarai akhir Pertandingan Video pendek Old Kuching Heritage yang telah bermula dari 28 September – 30 November lalu. Pertandingan video berkenaan terbuka kepada 2 kategori utama iaitu Profesional dan Pelajar.

Penyertaan pendaftaran pertandingan video pendek Old Kuching Heritage ini adalah melalui laman web rasmi #KuchingKampungHeritage iaitu www.kuchingkampungheritage.my yang bertujuan mempromosikan bandar raya Kuching sebagai sebuah destinasi pelancongan warisan dunia. Inisiatif Old Kuching Heritage terdiri daripada 4 komponen iaitu Kampung Heritage, Waterfront Heritage, Business Heritage, dan Heritage Trails. Peserta bebas mengolah idea untuk menghasilkan video menarik berdasarkan 4 komponen tersebut sebagai bahan untuk persembahan video yang berdurasi tidak lebih daripada tiga (3) minit. Kesemua 25 video ini dinilai oleh juri terpilih sebagai syarat untuk ke peringkat finalis.

Pemenang-pemenang pertandingan video ini berpeluang memenangi hadiah keseluruhan berjumlah RM23,500. Semua video pemenang menjadi hak milik Kerajaan Sarawak. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan iaitu kategori student dan juga professional.

Juara untuk kategori student adalah Vivian Wong Yu Yin dengan tajuk video nya ‘myKuching’ akan menerima hadiah sebanyak RM5,000.00, tempat kedua adalah Nurul Hikmah Begum Bt. Ali Sabri dengan tajuk video nya ‘Banke at Carpenter Street, Kuching! (Old Kuching Heritage)’ akan menerima hadiah sebanyak RM3,000.00 dan tempat ketiga adalah Elizerbeth Anak Patterson dengan tajuk video nya ‘Kuching Waterfront Heritage’ akan menerima hadiah sebanyak RM2,000.00. Juara bagi kategori professional pula adalah Abang Azmi Reza Bin Abang Abdul Rauf dengan tajuk video nya ‘The Old Kuching Heritage Trail’ akan menerima hadiah sebanyak RM5,000.00, tempat kedua adalah Brendan Goh Chuan Lung dengan tajuk video nya ‘Old Kuching Heritage’ akan menerima hadiah sebanyak RM3,000.00 dan tempat ketiga adalah Abdul Muliadi Bin Abdul Mulluk dengan tajuk video nya ‘Tudung Keringkam’ akan menerima hadiah sebanyak RM2,000.00.

Figure 1: Semua Pemenang di Majlis Penyerahan Sijil dan Hadiah Pertandingan Video Pendek Old Kuching Heritage.

Tujuh orang peserta iaitu Mohd Shahrin Bin Bakar, Sharveswary A/P Malaiyalam, Aylwin Lim, Mohd Shahmin Bin Sahari, Vanden Michael, Syahnur Asyikin Kee Charles dan Nur Elana Binti Mohd Saferinor pula akan menerima hadiah sagu hati bernilai RM500 seorang.

[Old Kuching Kampung Heritage]

%d bloggers like this: