SIBU: Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Naina Merican mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada Sarawak Esports Association untuk pembangunan umum serta penganjuran kejohanan Esport Borneo.
Sementara itu, sebanyak RM20,000 akan disalurkan kepada Sibu District Esports Club sebagai persiapan penganjuran sukan itu pada awal tahun depan.
“Dengan kejohanan-kejohanan esports yang telah berjaya dianjurkan sewaktu PKP berkuatkuasa, saya cukup yakin akan industri e-sports di Malaysia yang terus membangun.
“Semoga industri sukan elektronik di Malaysia akan sentiasa berkembang dan terus maju ke arena antarabangsa,” katanya ketika merasmikan Program Malaysia Day E-Sports Challenge 2020, disini, pada Rabu.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan serta Pemangku Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pn Nancy Jolhi dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak,Pn Azura Hj Sabrin.
Related Posts
Kerjasama latih bakat Sarawak mahir kendali helikopter luar persisir
Mata uang kripto besutan Meta kini mengalami kegagalan dalam peluncurannya. Sia…
Membuat pelanggan puas saja tentunya masih kurang tanpa adanya pengukuran yang p…