‘Kampung Heritage’ Sebagai Lokasi Pelancongan Warisan Dunia

Share this:

‘Kampung Heritage’ Sebagai Lokasi Pelancongan Warisan Dunia

KUCHING (26 Oct 2018): Kampung Warisan Bandar Raya Kuching atau ‘Kampung Heritage’ merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak memartabatkan perkampungan sebagai kawasan warisan sekali gus menjadi destinasi pelancongan dunia.

Timbalan Ketua Saintis dan Ketua Penasihat Ekonomi Digital Sarawak Profesor Dr Al-Khalid Othman berkata, Kampung Heritage adalah salah satu daripada empat komponen dalam ‘Old Kuching Heritage’ yang merupakan antara inisiatif di bawah strategi ekonomi digital Sarawak bagi tahun 2018 hingga 2022.

Beliau berkata,  ini adalah inisiatif Kerajaan Sarawak untuk menjadikan bandar raya Kuching sebagai bandar raya bersejarah yang diiktiraf dunia dan terus menjadi pemangkin dalam meningkatkan ekonomi daripada sektor pelancongan termasuk sosioekonomi penduduk setempat.

Jelasnya, selain daripada pembangunan fizikal pemeliharaan dan pengekalan yang berteraskan warisan, dan pelbagai aktiviti berasaskan kebudayaan tempatan turut dirancang dan dilaksanakan.

Tambahnya lagi, pembangunan ini dirancang serta ditubuhkan dengan visi menjadikan bandar raya Kuching sebagai sebuah lokasi pelancongan warisan dunia serta dapat menarik pelancong sama ada di peringkat domestik, nasional mahupun antarabangsa.

Source: [“‘Kampung Heritage’ Sebagai Lokasi Pelancongan Warisan Dunia” published by TV Sarawak]

Photo Credits: BorneoPost

Share this: