fbpx

Hari Usahawan Malaysia-ASEAN 2019

Share this:

Persatuan Usahawan Muda ASEAN Malaysia (MAAYE) dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan akan mengadakan Hari Usahawan Malaysia-ASEAN 2019 pada 5 Mac ini dengan sasaran 300 usahawan belia ASEAN daripada 10 negara akan hadir dalam pelbagai sesi perkongsian ilmu perniagaan.

Penganjuran Hari Usahawan Malaysia-ASEAN 2019 ini juga akan menyaksikan tiga sesi forum serta Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-4 Majlis Usahawan Muda ASEAN (AYEC) diadakan di antara semua wakil negara yang hadir iaitu Malaysia, Thailand, Singapura, Brunei, Indonesia, Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam.

Program tersebut dijadualkan berlangsung seawal jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Mahkota SME Corp, Platinum Sentral dengan upacara perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof.

[Source: “Hari Usahawan Malaysia-ASEAN 2019” published by Niagatimes.com / PR Partners Asia Sdn Bhd]

Photo Credits: Niagatimes.com / PR Partners Asia Sdn Bhd

%d bloggers like this: