D’Virtual Park Akan Dibuka Secara Rasmi Mac Ini – Taman Tema Realiti Maya Pertama Di Malaysia

D’Virtual Park Akan Dibuka Secara Rasmi Mac Ini – Taman Tema Realiti Maya Pertama Di Malaysia
Share this:

Source: Published by Haziq from Technoratz on 10 February 2020 at 6:54 PM

Taman tema berkonsepkan realiti maya pertama dengan teknologi hologram akan dibuka di Malaysia tidak lama lagi. Serba Dinamik Group Bhd merancang untuk melancarkan D’Virtual Park pada minggu pertama bulan Mac dan seterusnya kepada orang ramai pada minggu ketiga bulan yang sama.

Terletak di Kota Semarahan, Sarawak, taman tema D’Virtual Park dibina dengan kos keseluruhan RM13 juta, menampilkan tujuh daya tarikan dilengkapi teknologi tinggi canggih yang terdiri daripada kunjungan maya perayauan bebas, mainan tunggangan, serta medan pertempuran maya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Eksekutif Kumpulan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata “Permainan kami direka bagi mengoptimumkan keutamaan individu. Bukan itu sahaja, kami juga merupakan antara perintis taman maya yang memberikan pengunjung peluang merasai sendiri pengalaman menonton pertunjukan teater hologram yang disesuaikan disamping menawarkan pengalaman sinematik paling berevolusi.”

Tambah Abdul Karim, “Taman tema itu menempatkan sembilan blok bangunan tiga tingkat yang berkeluasan 5,130 kaki persegi secara kerjasama dengan Borneo Start-up.”

“Kerjasama dengan Borneo Start-up juga mewujudkan akses dan menyediakan rangkaian besar bagi pemula niaga dalam segmen teknologi digital.”

Sejajar dengan agenda kerajaan menggalakkan ekonomi digital dan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0), taman tema itu akan memainkan peranan penting dalam teknologi digital untuk menyokong agenda tersebut.

Mengulas mengenai sasaran pengunjung, beliau berkata ketika ini Sarawak menerima kemasukan kira-kira 3.87 juta pelancong dan Serba Dinamik menyasar 500,000 pengunjung daripada jumlah itu bagi tahun pertama taman tema itu beroperasi.

sumber

Related Posts

Skip to toolbar