fbpx

DBKU BERI TUMPUAN DALAM MEMPERKASAKAN KOMUNITI PINTAR

Share this:

KUCHING: Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) mengutamakan agenda untuk memperkasakan komuniti pintar di Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah berkata, agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merupakan agenda pemerkasaan komuniti pintar dalam melahirkan komuniti setempat yang pintar dan berintelektual.

Jelasnya, melalui program ini masyarakat setempat dapat meningkatkan tahap kehidupan masing-masing dalam sosio-ekonomi sekaligus menyediakan peluang pekerjaan untuk golongan belia di Sarawak.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Lab Projek Komunitiku 2019 di Kuching hari ini.

Tambah beliau, melalui agenda DBKU ini ia nya dilihat berjaya meningkatkan nama Sarawak dalam penghasilan produk seperti Cendol yang merupakan “Signature produk” keluaran Sarawak.

Tambah beliau lagi, objektif utama program ini dapat memberi ruang dan peluang kepada wakil Kawasan Kejiranan Mesra (KJM) dan DBKU dalam melahirkan komuniti KJM yang mempunyai sifat integriti dalam membangunkan kawasan masing-masing.

[Source: Facebook TVSarawak.com]

Photo Credits: TVSarawak.com

%d bloggers like this: