Liputan elektrik ke seluruh Sarawak menjelang 2025

Liputan elektrik ke seluruh Sarawak menjelang 2025

Community Initiative, Digital Economy, Entrepreneurs, Industry 4.0, Renewable Energy, Sarawak, Smart City, Uncategorized
SHARBINI (kiri) menyampaikan sumbangan duit Raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Amal Nur Murni pada Majlis Berbuka Puasa bersama Sarawak Energy di Hotel Hilton, Kuching. - Foto Hazreen Mohamad KUCHING: Seluruh Sarawak bakal menikmati bekalan elektrik sepenuhnya menjelang 2025 melalui pelbagai inisiatif dilaksanakan Sarawak Energy Berhad (SEB) Malah, jangkaan itu bersandarkan komitmen firma utiliti itu untuk memastikan 97 peratus rumah di kawasan pedalaman dan luar bandar negeri ini menikmati bekalan elektrik 24 jam tahun depan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB, Datuk Sharbini Suhaili, berkata ketika ini, 91 peratus rumah di kawasan pedalaman dan luar bandar sudah menerima kemudahan itu. “Kita menjangka tambahan enam peratus itu dapat dicapai menjelang tahun depan, seterusnya meningkatkan liputan elektrik domestik keseluruhan dari 95 peratus hingga 99 peratus menjelang 2020. “Sarawak kini berada di landasan tepat…
Read More