Dianggap gila, pemuda kutip 1.5 tan sampah di Sungai Selangor (VIDEO)
Masbudi Abdul Malek mengutip purata 300kg hingga 400kg sampah setiap kali membersihkan Sungai Selangor. — Foto-foto oleh Yusof Mat Isa KUALA SELANGOR, 7 Jun — Seorang pemuda di Kampung Kuantan di sini dianggap “gila” dan “bodoh” hanya kerana usahanya mengutip sampah sarap dengan menaiki sampan di sepanjang Lembangan Hilir Sungai Selangor. Namun, Masbudi Abdul Malek, 33, tidak peduli dengan kritikan itu kerana beliau tidak sanggup melihat alam sekitar tempat tinggalnya tercemar akibat sikap “tidak ambil peduli” manusia. Berbekal tangguk, sarung tangan, but, plastik hitam dan jaket keselamatan, Masbudi turun ke sungai dan mendayung sampan sejauh empat hingga enam kilometer untuk…