Politeknik Kuching Sarawak perluas program sedia ada mengikut keperluan industri semasa
KUCHING: Politeknik Kuching Sarawak (PKS) memperluaskan skop pengajian dalam 13 program yang ditawarkan mengikut keperluan industri semasa. Pengarah PKS, Jamilah Ahmad berkata sebagai contoh dalam Teknologi Maklumat (IT), skop pengajian diperluaskan kepada Keselamatan Siber, Rangkaian dan Kepintaran. “Kita masih lagi mengekalkan 13 program sedia ada yang meliputi bidang Kejuruteraan, IT dan Perdagangan tetapi dalam program tersebut kita masukkan unsur-unsur baru. “Kalau kita hendak tambah program baru ia terlalu khusus dan tenaga kerja kita mencukupi untuk 13 program sedia ada,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penutupan Minggu Suai Kenal Pelajar Baharu PKS Sesi Ambilan Disember 2019 dan…