Aezzra, anak Sarawak harumkan nama Malaysia di pentas dunia
KUCHING: Aezzra Marvin Vincent mengharumkan nama Malaysia selepas diiktiraf terbaik di dunia dalam matematik oleh Penilaian Antarabangsa Pendidikan Cambridge. Anak kelahiran Sarawak itu memenangi anugerah berprestij semasa Outstanding Cambridge Learner Awards setelah memperoleh markah tertinggi di dunia dalam mata pelajaran itu dalam Pemeriksaan Penilaian Antarabangsa Cambridge (Advanced Subsidiary Level) Julai 2019. "Saya sangat meminati Matematik sejak kecil lagi dan saya berterima kasih kepada ibu bapa memupuk minat saya terhadap subjek ini. "Saya banyak membuat latihan dan ini memudahkan lagi saya memahami apa diajar di dalam kelas," katanya kepada The Borneo Post ketika dihubungi pada Ahad. Aezrra, yang bakal meraikan ulang tahun kelahirannya…