Serba Dinamik komited bantu industri kreatif
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd komited membantu membangunkan industri kreatif melalui aplikasi digital 'Global Content Exchange' (GCE) yang dilancarkan pada Mei lalu. Pengarah Urusan Kumpulan / Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Dr Abdul Karim Abdullah, berkata GCE boleh dijadikan medium untuk penggiat industri menyalurkan karya mereka ke peringkat global. "Industri kreatif merupakan satu industri yang boleh memberi keuntungan yang tinggi, tapi jika tidak ada wadah atau cara untuk memperkenalkan hasil karya industri itu, maka ia tidak akan tercapai. "Oleh itu, saya percaya dengan adanya GCE, dan setelah mengambil kira pelbagai kritikan dan pandangan, ia boleh menjadi platform pilihan untuk merealisasikan…