JAGA SABAH, SARAWAK, AGAMA ANTARA PESANAN DALAM TITAH AGONG
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong memeriksa Kawalan Kehormatan Utama Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan dititahkan supaya sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat asal Sabah, Sarawak dan Orang Asli terutama di luar bandar dalam soal pembangunan. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah yang bertitah buat pertama kali mengingatkan supaya pembangunan wilayah yang seimbang dan inklusif dilaksana bagi mengurangkan jurang pembangunan yang wujud sekarang. “Kerajaan beta akan terus berusaha untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat luar bandar, orang asal Sabah dan Sarawak serta masyarakat Orang Asli dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh meliputi pembangunan ekonomi, modal insan…