Kongres Bumiputera Kitar Semula Resolusi Lama, Kata Usahawan Melayu
Kongres Bumiputera kitar semula resolusi lama, kata usahawan Melayu KUALA LUMPUR (1 September): HAMPIR tiada resolusi baru dalam Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN 2018) kelmarin untuk mengangkat kedudukan sosio ekonomi orang Melayu dan Bumiputera, kata profesional dan usahawan Melayu, sebaliknya kebanyakan resolusi yang diangkat seolah-olah kitar semula daripada beberapa kongres sebelumnya. Mereka menyifatkan resolusi itu tidak menawarkan idea-idea baharu dan segar malah tidak juga memberi perhatian kepada landskap ekonomi masa kini yang ditunjangi digital. Figure 1: Profesional dan usahawan Melayu menyifatkan resolusi Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) tidak menawarkan idea-idea baharu dan segar malah tidak juga…