Usahawan, syarikat permulaan tempatan harus manfaatkan potensi ekonomi dengan mengembangkan perniagaan KUCHING (18 Ogos): Golongan usahawan termasuk syarikat-syarikat permulaan tempatan disaran menjalinkan kerjasama dengan rakanrakan industri di negara-negara jiran termasuk Indonesia untuk mengembangkan perniagaan. Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Sarawak Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg berkata, jalinan kerjasama itu akan membuka peluang perniagaan sekali gus menguntungkan kedua-dua pihak. Figure 1: RASMI: Abang Abdul Karim merasmikan program ‘Startup Borneo Pre-Pitching’ Siri Kedua di MPC Wilayah Sarawak, Kuching semalam. “Misalnya, upacara penyerahan dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) antara StartUp Borneo dan Himpunan Pengusaha Muda Indonesia Kalimantan Barat (HIPMI KALBAR)…