Taman alam maya tarikan pelancong
KOTA SAMARAHAN: Taman D-Virtual di sini berpotensi menjadi tarikan pelancongan domestik dan luar negara, kata Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah. Beliau berkata, taman alam maya tersebut akan menjadi pakej yang boleh dipertontonkan dan diuar-diuarkan sebagai pakej pelancongan Sarawak. “Kalau kita lihat pada masa kini, anak-anak muda memang berminat dengan permainan alam maya. “Dan memandangkan tempat ini berdekatan dengan bandar Kuching, ia mempunyai potensi untuk mereka yang berkunjung ke Sarawak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Taman D-Virtual di sini, semalam. Menurutnya, beliau sendiri teruja dengan pelbagai jenis permainan alam maya yang disediakan…