TIMOGAH.com jual sayur kampung secara dalam talian KUCHING (21 Ogos): BUKAN mudah terutama bagi masyarakat yang tinggal di bandar untuk mendapatkan sayur kampung dan hasil hutan seperti daun ubi, terung dayak, daun sabong, midin, tepus, rebung, daun timun dayak bahkan ulat sagu. Figure 1: SEGAR: Heineken berada di salah sebuah ladang sayur untuk mengambil bekalan. Namun kini, semuanya boleh dibeli hanya secara dalam talian iaitu melalui Timogah.com, satu-satunya laman sesawang yang menjual hasil hutan Borneo dan turut menawarkan perkhidmatan penghantaran ke rumah atau pejabat setiap hari. Pengasas Timogah.com, Heineken Laluan, 34, berkata, inisiatifnya itu bermula pada November 2017, setelah menyedari…