Usaha sama Serba Dinamik, Startup Borneo tahun depan
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd menjangkakan jalinan usaha sama pertamanya dengan hab pemula niaga dari Sarawak, Startup Borneo, dapat dimulakan pada Februari tahun depan. Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, berkata usaha sama itu bermatlamat mengubah minda dalam kalangan usahawan muda untuk menceburi aktiviti perniagaan, selain menyumbang kepada pembangunan negara. "Ini akan membantu mereka mengkomersilkan idea perniagaan dan mengembangkan lagi syarikat pemula niaga seperti yang terbukti di Lembah Silicon, termasuk Dell, Google, dan Facebook," katanya kepada BERNAMA dalam temu bual baru-baru ini. Beliau berkata, Startup Borneo mempunyai 33 entiti berdaftar yang terdiri…