Kerajaan Tumpu Laksana MA63 – PM
Kerajaan tumpu laksana MA63 - PM KUALA LUMPUR (1 September): Kerajaan akan memberi tumpuan terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bagi memastikan rakyat di Sabah dan Sarawak mendapat layanan adil seperti penduduk di Semenanjung. Figure 1: PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan di Majlis Perasmian Kongres Masa Depan Bumiputra Dan Negara (KBN) 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata perjanjian itu akan ‘dihidupkan’ semula supaya semua janji terbabit dapat dilaksanakan. “Walaupun sekian lama dikebelakangkan, kami sekarang ingin menghidupkan semula perjanjian semasa Malaysia ditubuhkan ini. “Kita akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan perjanjian ini…