Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Lawat Projek Pembangunan Di Limbang
LIMBANG: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Transformasi Sosio-Ekonomi) YBhg Datu Hj Mohamad Abu Bakar bin Marzuki telah mengadakan lawatan ke Bahagian Limbang bagi mendengar pembangunan dan melihat sendiri projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan di sini, pagi tadi. Lawatan dimulakan dengan Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Projek Rakyat Ketua Menteri Sarawak di Bahagian Limbang. Pada mesyuarat itu, setiap agensi pelaksana telah membentangkan perkembangan terkini Projek-Projek Rakyat Ketua Menteri Sarawak di Bahagian Limbang dan isu-isu pelaksanaan projek di lapangan serta cadangan penyelesaian isu-isu tersebut. Antara kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan Sarawak yang membentangkan laporan projek ialah Kementerian Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah…